Pada hari Jumat 28/01/2011 Pengajian Bapak-bapak Forum Pengajian Jumat (FPJ) diisi oleh ustadz Zulkarnaen. Kajian malam ini berkitan dengan kewajiban shalat dan zakat. Islam mengajarkan kepada umatnya bukan hanya kewajiban individu saja seperti shalat, tetapi Islam juga mengajarkan hubungan muamalah salah satunya adalah kewajiban zakat.
Allah memberikan rizki kepada seluruh manusia. Allah memberikan rizki kepada manusia tidak sama, ada yang kaya ada yang miskin. Kewajiban zakat adalah salah satu sarana agar manusia bisa saling tolong menolong diantara sesamanya. Zakat adalah juga salah satu bentuk ibadah, dimana zakat adalah termasuk salah satu pilar rukun Islam. Harta yang telah sampai nisabnya yaitu 85 gram emas maka wajib dikeluarkan zakat sebesar 2,5 %.
Kewajiban zakat diwajibkan kepada umat Islam setelah Rasullulah hijrah ke Madinah setelah berdirinya negara Islam pertama kali. Pengelolaan zakat dilaksanakan oleh negara melalui Baitul Mal. Baitul Mal bertugas untuk mengumpulkan zakat dan mendistribusikan kepada 8 kelompok katagori (asnaf) yang berhak menerima zakat.
Pada saat ini pangelolaan zakat dilakukan oleh individu ataupun organisasi Islam karena tidak adanya institusi negara Islam yang bertugas melaksanakan, untuk itulah pentingnya usaha umat Islam untuk mewujudkan tegaknya kembali negara Islam. (BPK)
1 comments:
Assalammua'laikum,ini hanya sekedar tambahan dari saya mengenai siapa saja yg berhak manarima Zakat.Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
ASNAF RIQAB
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
Wallahua'lam bishawab(Abu-Abu)
Post a Comment